Wednesday, May 18, 2016

Jamu MWK selepas berpantang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tempoh berpantang selama 44 hari berjaya di sempurnakan..
Walaupun aku takde lah berpilis, berparam bagai...
Cuma amik bidan urut pakej 3 hari ada sauna, scrub, urut, bertungku..
Jamu pun aku tak makan sebab anak aku ada jaundice..

So nak bagi badan bertenaga, segar dan susu banyak
Aku cuma amalkan pemakanan sunnah je..
Macam kurma, delima, madu dan minum susu..
Makan je la berpantang untuk 2 minggu..

Tapi air kosong mmg aku minum banyak..
Sebab waktu berpantang tu kan tgh musim panas..
So mmg aku minum air kosong banyak..
Untuk tambahkan susu jugak..

Sekarang dah habis pantang, baby pun dah takde kuning..
Memang aku pilih untuk makan jamu MWK ni..
Selain drpd membaik pulih sistem dalaman, MWK ni berfungsi sebagai perancang kehamilan..
InsyaAllah makan dgn konsisten jangan suka hati skip2 makan pulak,,
Lepastu marah2 knp jamu ni tak berkesan..
Tak baik ok...
Rezeki Allah swt nak bagi terima dgn redha ok..:)

Kena yakin dan jangan lupa rezeki tu ditangan Allah swt..
Kalau kita elak mcm mana pun tapi Allah nak bagi siapa la kita untuk menidakkan rezeki Allah swt..
So sesiapa yang nak cuba jamu MWK ni boleh contact akak ok..
Jangan cakap akak tak payung pulak...
Hahaha

Ok lah pada yang berminat boleh la PM/WhatsApp saya dekat no 017-2663410 (Nurul)
COD disekitar Seksyen 24.

Saya syorkan untuk amik 3 botol terus untuk percubaan pertama...
Harga 3 botol RM48.00 tak termasuk postage.

Postage RM7 Semenanjung RM10 Sabah/Serawak

Sekian terima kasih..:)

Monday, May 9, 2016

Home deco : Scandinavian style..

Assalamualaikum..

Lately ni suka betul design Scandinavian style..
Memang meruntun kalbu betul tgk design rumah macam ni..
Simple tapi sangat style ok..
Warna pun tak banyak..
Tapi kena bijak susun atur perabut..


This is THE interior musthave of 2016. Find out what it is by clicking on this picture - Live love interior:

Homes with Heart: Scandinavian Pretty Home Tour:

Inside a Minimal Scandinavian Apartment Loaded with Style:

Room Tour @Oh.Eight.Oh.Nine — mini style:

A fab mid-century inspired home in Berlin:

Ada banyak lagi lah gambar nak share..
Boleh search dekat pinterest je..
Syoknya..
Nak tukar perabut rumah baru boleh tak???
Huhuhu...


Sunday, May 8, 2016

Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah the waiting game is over...
29 February 2016 aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.5kg secara normal di hopsital baru iaitu hospital shah alam..
Walaupun terdapat cerita2 seram mengenai hospital shah alam ni tapi alhamdulillah sepanjang 4 hari 3 malam aku dekat sana tiada apa yg pelik berlaku...
Keadaan agak tenang.
Aku dapat bilik wad kelas kedua..
Ada 4 orang dalam satu bilik.
Dilengkapi bilik air dan ruang yang selesa..

Yang tak bestnya sebab jiran sebelah semua dah bertukar2..
Sebab masing2 dah beranak..
Aku je la dok tunggu bila la baby nak keluar.
Hari pertama tiba dihospital cek bukaan dah 2 cm..
Happy sngat maknanya ada progress..
Sebab kali ni lansung tak rasa sakit dan lansung takde tanda2 baby nak keluar...
Rasa mcm nak bersalin anak pertama pulak..:)

Jadi hari ketujuh aku serah diri ke hospital..
Hari kedua dihospital cek bukaan dah 3 cm..
Itupun sebab doktor tolong bukak kan sikit...
Kemudian adalah sedikit darah keluar..

Lepas tu berharap sangat supaya contraction datang..
Tunggu sampai hari ke 4 lansung tiada progress...
Jadi doktor amik keputusan untuk induce...

Masuk labour room pukul 11 pagi
Pukul 6.30 petang baby selamat dilahirkan...
Bersyukur sangat..
Walau sakitnya tu tak dapat nak dijelaskan..
Sedikit tumpah darah berlaku..
Alhamdulillah semuanya selamat...

Naik wad menggigil satu badan..
Dengan peluh sejuk sepanjang malam..
Terus teringat ada kurma yang husband beli..
Makan kurma tu lebih 10 ulas rasanya barula rasa badan segar..
Baru larat nak angkat baby tukar pampers dan susukan dia..
Nasib baik jugak baby relax je..

Sepanjang dalam labour room tu suami dibenarkan masuk
So far 3 kali beranak 3 kali husband temankan..
Tapi kali yang ke 3 nekad taknak tension2..
So takde adengan genggam tangan sampai lebam2 or berdarah kali ni..
Bangga jugak dgn diri sendiri kali ni lebih independent
Cuba sedaya upaya tahan sakit sambil berzikir..
Tak nak fikir benda lain..
Fikir nak lahirkan baby dgn selamat dan semuanya cepat berakhir..

Alhamdulillah kemudahan dihospital pun memuaskan..
Nurse dan doktor pun biasa2 je..
Takdelah baik sangat dan takdelah nurse "puaka" macam dalam villagepeople tu..
Biasalah kan kita ni pesakit tak boleh mengada-ngada sangat,,
Bukan diaorang nak layan pun...
Lebih baik berdikari cepat2 boleh keluar wad balik rumah lagi selesa,,,

Ok lah baby pun nak masuk 3 bulan..
Aku pun dah start keje skrg ni..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..
InsyaAllah..
Amin...

Ibu anak 3..
Huhuhu...  

Ruang Menunggu / Ruang menonton

Wad kelas kedua. Yang ni katil depan aku..

Makanan ok lah kadang2 sedap kadang2 biasa je...:)