Tuesday, February 16, 2016

Due Date (EDD)

Assalamualaikum...

InsyaAllah saya dijangka bersalin pada 20 feb 2016 iaitu pada hari sabtu ni.
Saya minta maaf sekiranya ada salah silap saya sepanjang menulis disini..

Doakan perjalanan saya dan baby selamat...
Dipermudahkan dan saya dan baby sihat sejahtera la hendaknya..
InsyaAllah...:)

Owh rupa2nya kawan saya yang di bangi tu due date sama dengan saya..
Baby pun dgr2 boy..
Semoga selamat ye sahabat..:)

Mungkin akan awal atau lambat..
Tapi yang penting semuanya selamat...:)

Masih terbayang2 lagi penglaman melahirkan NQS 2 tahun lepas..
Tak sangka dah nak bersalin yg no 3..
Huhuhu...

Masih terngiang2 lagi ditelinga sendiri cakap tak nak beranak lagi dah..
Hahaha...
Tapi itulah perempuan kan..

Hajat hati kalau boleh nak anak 10 ke 20 orang..
Seronok...

Tapi nak menangung 9 bulan nak beranak lagi..
Adoiii...

Tkpe bab rezeki ni kita serah pada Allah swt..
Tapi kita ni kena jugak usaha jaga kesihatan..
Jangan main bantai je ok...

Sebab kita jugak yg nak jaga anak2 dan keluarga..
Kesian dekat anak2 kalau jadi apa2 dekat kita..

So sila la jaga diri memasing yer..:)

InsyAllah ada masa saya update lagi yer...
Assalamualaikum...:)

Al- Fatihah

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni dikejutkan dengan berita seorang sahabat mengidap penyakit kanser ovari.
Dan semalam diberitahu bahawa sahabt telah pun pergi menghadap PenciptaNya yang maha berkuasa...

Sungguh rasa sedikit terkilan sebab kali terakhir jumpa adalah pada majlis perkahwinan seorang teman di bangi.
Sebelum dan selepas itu tidak pernah mendengar khabar berita.
Tak pernah terniat dihati untuk memutuskan silaturahim tapi mungkin kekangan masa dan keadaan yang merubah kehidupan kita..
Sedangkan suatu masa dahulu kita pernah bergurau senda, belajar bersama, mengharungi suka duka zaman belajar...
Pernah datang kerumah aku sewaktu aku sedang hamilkan anak yang pertama..
Datang dengan membawa KFC..:)
Sampai bila2 aku tak kan lupa..
Sebab korang jugak yang datang masa aku kahwin dulu kan..
Terima kasih sahabat..:)

Cuma bila dah berkerjaya dan berkeluarga nampaknya silaturahim tu semakin renggang,
Hanya bertegur sapa di fb @ ig..
Sedih sebab tak pernah tahu yg beliau sakit..
Sedih sebab tak dapat luang masa menziarahi beliau..
Sedih sebab mereka2 ni antara kawan2 saya selepas saya habis sekolah menengah...

Tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya saya dapat tahu yang arwah telah pun selamat dikebumikan..
Maafkan aku sebab tak berpeluang menziarahi mu selama ni..
Semoga arwah tenang disana
Ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Marilah sama-sama sedekahkan al-fatihah buat sahabat saya..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat...
InsyaAllah...
Amin..