Wednesday, May 18, 2016

Jamu MWK selepas berpantang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tempoh berpantang selama 44 hari berjaya di sempurnakan..
Walaupun aku takde lah berpilis, berparam bagai...
Cuma amik bidan urut pakej 3 hari ada sauna, scrub, urut, bertungku..
Jamu pun aku tak makan sebab anak aku ada jaundice..

So nak bagi badan bertenaga, segar dan susu banyak
Aku cuma amalkan pemakanan sunnah je..
Macam kurma, delima, madu dan minum susu..
Makan je la berpantang untuk 2 minggu..

Tapi air kosong mmg aku minum banyak..
Sebab waktu berpantang tu kan tgh musim panas..
So mmg aku minum air kosong banyak..
Untuk tambahkan susu jugak..

Sekarang dah habis pantang, baby pun dah takde kuning..
Memang aku pilih untuk makan jamu MWK ni..
Selain drpd membaik pulih sistem dalaman, MWK ni berfungsi sebagai perancang kehamilan..
InsyaAllah makan dgn konsisten jangan suka hati skip2 makan pulak,,
Lepastu marah2 knp jamu ni tak berkesan..
Tak baik ok...
Rezeki Allah swt nak bagi terima dgn redha ok..:)

Kena yakin dan jangan lupa rezeki tu ditangan Allah swt..
Kalau kita elak mcm mana pun tapi Allah nak bagi siapa la kita untuk menidakkan rezeki Allah swt..
So sesiapa yang nak cuba jamu MWK ni boleh contact akak ok..
Jangan cakap akak tak payung pulak...
Hahaha

Ok lah pada yang berminat boleh la PM/WhatsApp saya dekat no 017-2663410 (Nurul)
COD disekitar Seksyen 24.

Saya syorkan untuk amik 3 botol terus untuk percubaan pertama...
Harga 3 botol RM48.00 tak termasuk postage.

Postage RM7 Semenanjung RM10 Sabah/Serawak

Sekian terima kasih..:)

Monday, May 9, 2016

Home deco : Scandinavian style..

Assalamualaikum..

Lately ni suka betul design Scandinavian style..
Memang meruntun kalbu betul tgk design rumah macam ni..
Simple tapi sangat style ok..
Warna pun tak banyak..
Tapi kena bijak susun atur perabut..


This is THE interior musthave of 2016. Find out what it is by clicking on this picture - Live love interior:

Homes with Heart: Scandinavian Pretty Home Tour:

Inside a Minimal Scandinavian Apartment Loaded with Style:

Room Tour @Oh.Eight.Oh.Nine — mini style:

A fab mid-century inspired home in Berlin:

Ada banyak lagi lah gambar nak share..
Boleh search dekat pinterest je..
Syoknya..
Nak tukar perabut rumah baru boleh tak???
Huhuhu...


Sunday, May 8, 2016

Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah the waiting game is over...
29 February 2016 aku selamat melahirkan baby boy seberat 3.5kg secara normal di hopsital baru iaitu hospital shah alam..
Walaupun terdapat cerita2 seram mengenai hospital shah alam ni tapi alhamdulillah sepanjang 4 hari 3 malam aku dekat sana tiada apa yg pelik berlaku...
Keadaan agak tenang.
Aku dapat bilik wad kelas kedua..
Ada 4 orang dalam satu bilik.
Dilengkapi bilik air dan ruang yang selesa..

Yang tak bestnya sebab jiran sebelah semua dah bertukar2..
Sebab masing2 dah beranak..
Aku je la dok tunggu bila la baby nak keluar.
Hari pertama tiba dihospital cek bukaan dah 2 cm..
Happy sngat maknanya ada progress..
Sebab kali ni lansung tak rasa sakit dan lansung takde tanda2 baby nak keluar...
Rasa mcm nak bersalin anak pertama pulak..:)

Jadi hari ketujuh aku serah diri ke hospital..
Hari kedua dihospital cek bukaan dah 3 cm..
Itupun sebab doktor tolong bukak kan sikit...
Kemudian adalah sedikit darah keluar..

Lepas tu berharap sangat supaya contraction datang..
Tunggu sampai hari ke 4 lansung tiada progress...
Jadi doktor amik keputusan untuk induce...

Masuk labour room pukul 11 pagi
Pukul 6.30 petang baby selamat dilahirkan...
Bersyukur sangat..
Walau sakitnya tu tak dapat nak dijelaskan..
Sedikit tumpah darah berlaku..
Alhamdulillah semuanya selamat...

Naik wad menggigil satu badan..
Dengan peluh sejuk sepanjang malam..
Terus teringat ada kurma yang husband beli..
Makan kurma tu lebih 10 ulas rasanya barula rasa badan segar..
Baru larat nak angkat baby tukar pampers dan susukan dia..
Nasib baik jugak baby relax je..

Sepanjang dalam labour room tu suami dibenarkan masuk
So far 3 kali beranak 3 kali husband temankan..
Tapi kali yang ke 3 nekad taknak tension2..
So takde adengan genggam tangan sampai lebam2 or berdarah kali ni..
Bangga jugak dgn diri sendiri kali ni lebih independent
Cuba sedaya upaya tahan sakit sambil berzikir..
Tak nak fikir benda lain..
Fikir nak lahirkan baby dgn selamat dan semuanya cepat berakhir..

Alhamdulillah kemudahan dihospital pun memuaskan..
Nurse dan doktor pun biasa2 je..
Takdelah baik sangat dan takdelah nurse "puaka" macam dalam villagepeople tu..
Biasalah kan kita ni pesakit tak boleh mengada-ngada sangat,,
Bukan diaorang nak layan pun...
Lebih baik berdikari cepat2 boleh keluar wad balik rumah lagi selesa,,,

Ok lah baby pun nak masuk 3 bulan..
Aku pun dah start keje skrg ni..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..
InsyaAllah..
Amin...

Ibu anak 3..
Huhuhu...  

Ruang Menunggu / Ruang menonton

Wad kelas kedua. Yang ni katil depan aku..

Makanan ok lah kadang2 sedap kadang2 biasa je...:)

Tuesday, February 16, 2016

Due Date (EDD)

Assalamualaikum...

InsyaAllah saya dijangka bersalin pada 20 feb 2016 iaitu pada hari sabtu ni.
Saya minta maaf sekiranya ada salah silap saya sepanjang menulis disini..

Doakan perjalanan saya dan baby selamat...
Dipermudahkan dan saya dan baby sihat sejahtera la hendaknya..
InsyaAllah...:)

Owh rupa2nya kawan saya yang di bangi tu due date sama dengan saya..
Baby pun dgr2 boy..
Semoga selamat ye sahabat..:)

Mungkin akan awal atau lambat..
Tapi yang penting semuanya selamat...:)

Masih terbayang2 lagi penglaman melahirkan NQS 2 tahun lepas..
Tak sangka dah nak bersalin yg no 3..
Huhuhu...

Masih terngiang2 lagi ditelinga sendiri cakap tak nak beranak lagi dah..
Hahaha...
Tapi itulah perempuan kan..

Hajat hati kalau boleh nak anak 10 ke 20 orang..
Seronok...

Tapi nak menangung 9 bulan nak beranak lagi..
Adoiii...

Tkpe bab rezeki ni kita serah pada Allah swt..
Tapi kita ni kena jugak usaha jaga kesihatan..
Jangan main bantai je ok...

Sebab kita jugak yg nak jaga anak2 dan keluarga..
Kesian dekat anak2 kalau jadi apa2 dekat kita..

So sila la jaga diri memasing yer..:)

InsyAllah ada masa saya update lagi yer...
Assalamualaikum...:)

Al- Fatihah

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni dikejutkan dengan berita seorang sahabat mengidap penyakit kanser ovari.
Dan semalam diberitahu bahawa sahabt telah pun pergi menghadap PenciptaNya yang maha berkuasa...

Sungguh rasa sedikit terkilan sebab kali terakhir jumpa adalah pada majlis perkahwinan seorang teman di bangi.
Sebelum dan selepas itu tidak pernah mendengar khabar berita.
Tak pernah terniat dihati untuk memutuskan silaturahim tapi mungkin kekangan masa dan keadaan yang merubah kehidupan kita..
Sedangkan suatu masa dahulu kita pernah bergurau senda, belajar bersama, mengharungi suka duka zaman belajar...
Pernah datang kerumah aku sewaktu aku sedang hamilkan anak yang pertama..
Datang dengan membawa KFC..:)
Sampai bila2 aku tak kan lupa..
Sebab korang jugak yang datang masa aku kahwin dulu kan..
Terima kasih sahabat..:)

Cuma bila dah berkerjaya dan berkeluarga nampaknya silaturahim tu semakin renggang,
Hanya bertegur sapa di fb @ ig..
Sedih sebab tak pernah tahu yg beliau sakit..
Sedih sebab tak dapat luang masa menziarahi beliau..
Sedih sebab mereka2 ni antara kawan2 saya selepas saya habis sekolah menengah...

Tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya saya dapat tahu yang arwah telah pun selamat dikebumikan..
Maafkan aku sebab tak berpeluang menziarahi mu selama ni..
Semoga arwah tenang disana
Ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Marilah sama-sama sedekahkan al-fatihah buat sahabat saya..
Semoga roh beliau dicucuri rahmat...
InsyaAllah...
Amin..


Tuesday, January 19, 2016

Maajun Warisan Keluarga area Shah Alam

Assalamualaikum....

Nampaknya ramai jugak yang cari MWK ni yer..
Ni nak share testimoni diri sendiri guna...:)

Lepas bersalin anak yang sulung dulu mmg tak tahu ada jamu ke apa ke..
Masa tu tahun 2009 so yang tahu amik pil perancang keluarga je la...
Tapi mmg tak best lansung..
Badan rasa letih, berat badan pun naik mendadak..
Siap gatal-gatal lagi bila nak datang bulan..
2 tahun bertahan makan pil tu..

Ingat lepas stop terus nak pregnant anak no 2..
Tapi rezeki lambat..
Dekat 2 tahun baru melekat anak no 2...
Alhamdulillah lepas bersalin anak no 2 ni jumpa dengan MWK...
Lepas 3 bulan makan masa period tu memang sakit perut memulas-mulas...
Rupa-rupanya ada ketulan darah keluar...
Memang cuci habis perut tu..

Lepas berjaya semua ketulan darah keluar rasa badan ringan dan memang selesa sangat..
Bertenaga dan susu badan pun melimpah ruah untuk anak no 2..

Lepas tu bila plan nak tambah anak stop makan dalam sebulan terus lekat anak no 3..
Huhuhu...

So sekarang ni tengah tunggu nak melahirkan anak no 3 hujung bulan february ni..
Memang berbaloi makan jamu ni..
Dah la harga berpatutan dan yang penting berkhasiat...
Nak maintain makan tiap2 bulan pun tak jadi masalah...
Yang penting usaha dan sila makan ikut peraturan..
Sama jugakla bila kita makan pil perancang tu kena ikut aturan jugak kan...:)

Ok lah pada yang berminat boleh la PM/WhatsApp saya dekat no 013-4419470 (Nurul)
COD disekitar Seksyen 24.

Saya syorkan untuk amik 3 botol terus untuk percubaan pertama...
Harga 3 botol RM48.00 tak termasuk postage.


Terima Kasih..:)