Tuesday, September 29, 2015

Good news...:)

Assalamualaikum...

Lama gila tak berupdate blog yang tah pape ni..
Huhuhu...

Mula-mula je mcm rajin nak menulis tapi skrg mcm tkde benda nak citer...
So far life semua ok...

Alhamdulillah almost 20 weeks pregnant our 3rd bundle of joy..
Yeay...

Memang unexpected jugak..
Sebab planning end of this year baru nak ada baby..
Tapi rezeki Allah swt bagi syukur sangat...

Semoga mummy dan baby sihat2 selalu...
So nantikanlah yer February 2016...
InsyaAllah...:)

Abang dgn kakak pun excited nak jumpa baby...
Mama pun tak sabar nak tgk reaksi kakak mcm mana...
So far dia sibuk mengerjakan baby dekat rumah nenek dia..
So kita tgk la nanti..

Next month 6th november genap umur kakak 2 tahun...
Baru lepas sembuh dari demam campak...
Banyak betul kudis2 dekat badan dia..
Belikan minyak vitamin E tu hopefully berkurang la sikit kesan kudis tu nanti...

So kita jumpa next entry la yer..
Bila-bila saya free dan ada story untuk di cerita..
Huhuhu...



Wednesday, June 10, 2015

The Pisang Cheese Kelana Jaya...:) Nyumm..

Assalamualaikum..

Ok ni cerita beberapa minggu lepas..
Instagram ni memang memudahkan la untuk cari makanan2 sedap sekitar selangor/kl ni..
Contohnya pisang cheese ni..

Biasa pisang cheese yg aku beli tu sekotak RM7 lepas tu dapat la 7 keping je pisang dengan cheese dan chocolate rice tu kan..
So far aku pernah beli 2 kali dekat gerai2 tepi jalan tu..

Tapi yg ni memang lain dari yang lain..
Pisang dia sedap sangat ok..
Cheese dia pun tk kedekut..
Pilihan rasa dia pun ada 6 jenis..
Ada original, chocolate, white chocolate, salted caramel, cinnamon sugar & coffee caramel..
Ha sodap kan???
Huhuhu...

Pelbagai pilihan pisang cheese..:)

Yang ni cheese with white chocolate..nyum..:)

Yang ni coffee caramel la sebab aku kan gila coffee..:)

Lepas ni nak rasa cinnamon sugar dan salted caramel..
Harga dia pun dari rm6 - rm7
Memang full plate la klw mkn dekat sana..
Dan kalau bungkus pulak dia org akan isi kotak korang sepenuhnya..
InsyaAllah..
Senyum2 kenyit mata sikit masa beli k..

Hahaha...
Takdelah tapi memang akan full box ok..
So boleh la try The Pisang Cheese dalam Restoran Jamal Mohamad, Kelana Jaya berdekatan dengan bangunan FAM...

OK lah sekian free food review drpd saya..
Bila makan jgn lupa baca bismillah ok..
bye bye...:)

Gunung Kinabalu, Sabah


Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu….

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta….

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu….

Tuesday, June 9, 2015

Beach Port Dickson 2015


Assalamualaikum...

Lama tak berupdate blog yg sendu ni...
Huhuhu...

Last weekend bawak anak2 pergi mandi manda di port dickson..
Saja suka-suka bawak anak jalan2..
Sebab nampak gayanya lepas raya baru dapat bercuti lama..

Minggu depan kita nak masuk bulan ramadhan...
InsyaAllah..
Semoga kita sama-sama dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan sabar..
Semoga dapat meraih segala kebaikan dan keberkatan didalam bulan ramadhan yg mulia nanti..
Dan sila berjimat cermat dan jangan membazir yer...

Rasanya perut kita ni pun dah penat berkerja sepanjang setahun.
So kalau boleh kita bagilah perut kita ni rehat..
Dan kita bagi makan banyak2 dekat rohani kita semoga iman kita akan lebih meningkat semasa ramadhan dan berterusan sehingga sampai ajal kita nanti...

InsyaAllah...


Wednesday, April 29, 2015

Kenangan biji cili dalam telinga....:)

Assalamualaikum...:)

Mummy nak share story pasal anak dara mummy NQS tu...
Last 2 weeks balik kerja mummy amik rumah mil tgk dia meragam je..
Macam tak selesa...
Mula2 seronok main2 dgn abang dia..
Tiba2 menangis..
Lepas tu tgh pujuk2 dia muntah pulak...
2-3 kali muntah...

Mummy pun cek la suhu badan tak panas pun..
Then cek la setiap part badan dia..
Masa tgh cek dalam telinga dia mummy perasan ada benda pelik dalam telinga dia.. 
Tengok macam jagung..
Cuak giler dah masa tu..

Then tgh2 malam tu jugak ajak papa dia bawak jumpa doktor..
On the way pergi klinik pun dia muntah lagi..
Habis tudung & baju mummy kena muntah...

Masa jumpa doktor tu tak tahu nak explain macam mana..
Doktor pun ketawa gak bila mummy cakap pasal ada jagung dalam telinga dia..
So doktor tu tgk la pakai kanta..
Dia cakap mmg ada benda dalam telinga NQS tapi dia tak berani nak tarik keluar..
Sebab mummy tgk doktor lelaki tu muda lagi..
Memang dia tak berani la kan nak korek sebab takut kalau terkena gegendang telinga kan..

So dia buat refer letter je..
Kita org balik esok baru decide nak pergi klinik lain or terus pergi hospital...
Malam tu mummy punya cuak Allah je yg tahu...
Sampai terfikir nak kena operate ke apa ke...
Risau sungguh...

Last2 pergi klinik doktor rosli seksyen 18 tu je..
Doktor tu cek dan dia cakap dia try korek benda tu..
Alhamdulillah berjaya dikeluarkan...

Korek jangan tak korek

Ingatkan betul2 la isi jagung tu..
Rupanya biji cili.
Doktor pun suspect biji cili tu kena gegendang telinga dia sebab tu buat dia pening2 then dia asik rasa nak muntah je..

Biji Cili...:)
Inilah biji cili yg kusangkakan biji jagung...
Hahaha...

This is absolutely a bittersweet memories for you young girl..:) 
Hahahaha...

So mummy out there..
Kalau rasa ada apa2 yg tak kena dengan baby try cek satu persatu..
Then bawak refer doktor terus...
Jangan buat sendiri ok...
Bahaya..
Kesian anak kita...:)

Monday, April 27, 2015

Farm In The City : Taman Pingiran Putra, Seri Kembangan

Assalamualaikum...:)

Mesti korang tgh Monday Blues kan skrg kan???

Huhuhu...
Takpe lepas lunch solat zuhur buat kerja sikit dah masuk waktu asar...
Lepas solat chit chat sikit dengan member dah boleh balik...:)

Ok lah weekend baru2 ni mummy bawak anak2 ke Farm In The City.

Dekat je dalam 1/2 jam dari Shah Alam..
FITC ni terdapat banyak haiwan ternakan seperti ikan, kura-kura, burung2, kambing, rusa, kancil, burung unta...
Dan banyak lagi la..
Yang seronoknya kita dibenarkan untuk memegang dan memberi makan serta bermesra dgn haiwan2 yg ada dalam FITC ni..
So kalau bawak anak2 memang seronok sangat la dia org explore tempat2 mcm ni hujung2 minggu kan..:)

Tiket masuk:

Dewasa RM32.00.
Kanak-kanak RM27.00

"Family Package is at RM116.00 for 2 adults and 2 children below 11 years old. You will get 2 souvenir gift, 2 certificate for children and 2 pony ride for children"


Opening hours : 9.30am until 6.00pm closed on Tuesday..


Dekat sini ada beberapa keping gambar mummy nak share dengan pembaca semua..

Enjoy k..:)
FARM IN THE CITY


Pintu masuk korang akan disambut dengan kedai cenderamata dan pokok2 renek ni..:)


Ini lah haiwan pertama yang korang boleh beramah mesra iaitu giant turtle..

Sebelum masuk dalam ni ada kandang burung unta dekat luar tu..
Mummy tak snap pulak gambar nya..
Ada la dalam 4 ekor kot..:)

Lepas tu masuk dalam baru la ada kaunter tiketnya..

Lepas beli tiket masuk jumpa la beberapa spesis kura-kura ni...


Ini kandang kedua korang boleh jumpa beberapa spesis ular atas kepala korang ok...:)


Burung


Itik berkubang,,:)
Anak la ayam...:)

Telur Burung Unta

Burung


Bird feeding

Catch the fish

Hi awak kat mana???

Fish feeding

Ferret


Gagak Putih..

Angsa

Landak Afrika.. Besar ok...:)

Akhir sekali semua kanak-kanak akan di berikan certificate of attendance yg comel ni...:)
Begitulah ceritanya lawatan sepanjang hari ke FITC ni..
Elok pergi pagi2 la takde la panas sangat...
Sepatutnya pukul2 ada pony ride...
Tapi budak2 dah penat..
So kita balik berehat lagi bagus...
Huhu...

Korang boleh plan bawak anak2 datang sini weekend nanti k..
Enjoy!!!


Friday, April 17, 2015

Review Maajun Warisan Keluarga versi video...:)




Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi 013-4419470-Nurul

Maajun Warisan Keluarga - Shah Alam

Anda ada masalah kesihatan/wanita seperti :

1. Susah mengandung?

2. Period tak menentu dan senggugut teruk?

3. Selalu sakit-sakit badan?

4. Masalah angin dan toksin dalam badan?

5. Nampak tua dan ingin nampak muda berseri?

6. Tak nak guna pil perancang hospital?

7. Tak nak guna alat2 pencegah kehamilan?



Ini jawapannya...



MAAJUN WARISAN KELUARGA (MWK)

Adalah perubatan secara tradisional sebagai perancang keluarga di samping merawat segala masalah kesihatan dalaman wanita.

Maajun ini dirumuskan secara tradisional selama 30 tahun.


Maklumat Produk
Cara penyediaan MWK adalah 100% dari akar-akar kayu dan rempah ratus sahaja dan ia dijamin bersih, suci dan halal di sisi agama. Tindakbalas bahan-bahan tradisional ini dapat memelihara kesihatan tubuh badan.

Tiada langsung penggunaan bahan steroid atau bahan kimia dicampurkan di dalam produk MWK ini. Pada masa kini adalah dikhuatiri bahawa penggunaan bahan kimia atau steroid yang berlebihan dapat memudaratkan kesihatan tubuh badan dan ia adalah salah satu faktor penyebab penyakit kanser.



Khasiat dan kegunaan MWK :

* Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin merancang keluarga (family planning).* Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.
* Dapat mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita lepas bersalin.
* Dapat memanaskan dan menyihatkan badan disamping menambah tenaga setiap hari
* Melancarkan peredaran darah setiap bulan.
* Menghilangkan kesakitan ketika datang haid (segugut).
* Membuang darah-darah kotor dan toksin-toksin di dalam badan.
* Menstabilkan hormon wanita.
* Dapat memeliharakan sistem peranakan.
* Melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
* Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan.
* Mengurangkan risiko penyakit kanser kerana kandungan yang terdapat di dalam maajun ini adalah 100% dari akar kayu dan tiada langsung penggunaan bahan steriod di mana ia adalah salah satu faktor penyebab kanser.
* Dapat menambahkan lagi pengeluaran air susu bagi yang sedang menyusukan bayi.
* Melambatkan proses menopous bagi golongan yang berumur.
* Merawat segala penyakit sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh sendi.


Cara tindakannya



1. Sekiranya ambil maajun ini untuk merancang keluarga, kandungan akar-akar kayu dan rempah ratus yang terdapat di dalam maajun ini bertindak melumpuhkan dan mematikan perjalanan sperma di dalam rahim seseorang itu semasa ia makan maajun ini mengikut syarat-syarat makan yang di tetapkan.

2. Bagi merawat masalah dalaman wanita pula, kandungan akar-akar kayu dan rempah ratus ini merawat sistem dalaman badan melalui penyingkiran bahan-bahan toksin dan darah-darah kotor melalui pembuangan air kecil, datang haid dan pembuangan air besar.

3. Kandungan akar kayu ini bertindak memanaskan badan dan menyihatkan badan jadi penyakit sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh sendi dapat di rawat dengan berkesan dan badan menjadi kuat.


Harga MWK 

1 Botol RM17.00

3 Botol RM50.00 
(untuk permulaan saya cadangkan amik 3 botol berterusan untuk melihat kesan dan perubahan yang ketara dan mencuci bahagian dalaman wanita)


*include postage


Peringatan

a. Untuk yang mengambil MWK bagi merancang keluarga, MWK hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja. Bagi kes lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.

b. Jika sedang makan MWK dan period datang, tidak perlu berhenti.. terus makan sehingga habis 21 biji. Kemudian berhenti makan 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2.

c. Bagi yang baru mula makan MWK, lebihkan minum air pada minggu pertama makan.

d. Bagi ibu yang lepas pantang dan belum datang period, boleh makan MWK ni bila-bila masa. Ibu minum air banyak-banyak, supaya bayi yang menyusu badan tidak terasa panas MWK ni.

e. Jika beli banyak botol MWK dan tidak guna lagi, simpan MWK dalam peti sejuk. Jika
letak kat luar, mungkin MWK akan berkulat sebab ia tiada pengawet.

Jika anda mematuhi aturan makan MWK, insyaallah MWK dapat membantu sebagai kaedah family planning anda. Selamat mencuba dan terima kasih.


p/s. Pengguna maajun ni akan diberikan khidmat nasihat dan bantuan jika anda perlukan, whatsapp saya k 013-4419470-Nurul





 

TESTIMONI MAAJUN WARISAN KELUARGA
(1. )

dulu hubby selalu je masam muka bile time......... ye le sy keja, balik urus anak 3 org lg, mana larat nk layan hubby lg.. tu yg masam mencuka tu.... pas ambik MWK dlm tempoh 2 bulan je bdn rasa bertenaga n x rasa lengoh2 bdn g.. hubby pun pa lg senyum meleret le:D......

saodah-johor

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


(2. )

dulu 6 bulan tak dtg bulan, ingatkan dah ngandung, check UPT negative. Jumpa Dr kata tak da pa2 masalah. Bagi mkn hormon. Pa lg bdn naik mcm belon la... time tu rasa susah hati n selalu sedih je....1 hari terbaca kisah MWK ni terus try mkn... ni dah msk 4 bln, period dtg dgn elok tiada sebarang masalah n bdn rasa segar n bertenaga.

wid..penang

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


(3. ) 

sebelum ni sy da masalah keputihan, gatal n bau yg teruk.. tp pas bik MWK ni selama 2 bulan je :D terus hilang masalah sy, bdn lak jd sihat n betenaga. Terima kasih kerana menolong sy......:D:D

Lin dari Klang

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

(4. )  

Pengalaman saya :

Saya telah mencuba MWK memang bertujuan sebagai family planning dan dah makan botol ke 4. Masa mula2 makan tu memang period tak berapa betul, ada satu bulan tu selang 2 minggu period lagi. Tapi saya teruskan juga walaupun period tak berapa betul hinggalah sekarang.

Kebaikan yang saya dapat husband memang puas hati, keputihan sikit sangat, badan rasa fit, muka tak nampak pucat (byk kawan2 saya tegur). Kalau nak lagi detail bolehlah pm saya sebab byk benda nak tulis tapi tak tertulis.

Yati-klang

Thursday, April 16, 2015

Breakfast @ Sarapan Pagi

Assalamualaikum...:)

Selamat hari Jumaat semua...:)
Hari ni korang breakfast apa?
Mummy breakfast roti canai melayu dekat medan selera seksyen 16..
Memang sedap la roti dan kuahnya..
Peniaga sepasang suami isteri yang agak berumur..

Comel je isteri tolong suami berniaga..
InsyaALLAH plan satu hari nanti nak juga buat business sendiri..
Amin...


Ni la kedai nya...
Comel je...
Memang recommended untuk org area Shah Alam..
Luar Shah Alam pun boleh...:)

Selamat bersarapan semua..
Sarapan tu penting ok..
Supaya korang boleh buat kerja lebih baik..
InsyaALLAH...:)
Jangan lupa baca bismillah pulak k..
Huhuhu...

Wednesday, April 15, 2015

Magnum ioi Putrajaya: Cara Beli & Makan...:)


Misi makan-makan hujung minggu..
Memang ni la kerja kami sekeluarga..
Sebab cuti pun 2 hari je kan
Belum berkesempatan nak jalan-jalan jauh2..
So kita settle mana yang dekat2 dulu..

Magnum ice cream ni dia ada 2 konsep kedai.
Kalau yang simple macam ni korang kena beratur depan kedai then tunggu giliran korang.
Sampai kaunter bayar 9.90 untuk 1 ice cream dan 3 toppings
Then tunggu la staff Magnum buat ice cream korang..
Ice cream ada perisa vanila & chocolate.
Kemudian ice cream tu akan dicelup kedalam chocolate pilihan korang ada Milk, Dark & Vanilla...
Lepas tu baru tabur 3 toppings pilihan korang tu...
Toppings dia ada macam-macam.
Rasanya lebih dari 10 kot.
Ada kekacang, oreo, dried fruits, ada few toppings yg mcm eksotik sikit kalau korang nak try macam chili flakes, rose petals, popcorn macam2 la ada..:)
Lepas tu kalau ikut arahan suruh tunggu 2 minit bagi ice cream tu set dulu..
Tapi sebab i is kenot tahan so boleh je ngap terus..
Hahaha....:)

So having fun with your ice cream...:)
Memang sedap tak terkata la kan..
So far mummy dah try 2 kali..
Huhuhu....:)

Sangkaya. Nuts about coconut!!


Wow...
Yes everyone is talking about it..
And mummy pun tak terkecuali..
Haruslah pergi try rasa keenakan Sangkaya ice cream ni..
Memang mengancam lah..
Sampai hari ni terasa-rasa je dekat anak tekak ni ha...
Hahaha...

Tapi tak berapa suka la environment kedai dia yang dekat ss15 tu..
Booth ice cream dekat luar lepas tu dekat dalam dia gelap, sempit..
Tak sesuai untuk family & anak-anak nak lepak makan2.
Sebab ice cream ni memang layan kalau makan dengan family dan anak2..

Rasanya @Sangkaya kena ubah sikit kot kedai dia..
Yang dekat outlets lain tak pernah pergi lagi,,
Nanti nak try pergi dekat Uptown damansara..
Mungkin lebih ok kot..

Yang lain nak try boleh la pergi..
Harga semangkuk ni 4 scoop ice cream rm10.50
Kalau untuk kanak2 dalam cone tu rm2.00
Kemudian topping dia kita boleh pilih macam-macam dah include dalam net price.
Ada cornflakes, kelapa, kacang, chocolate, macam-macam lagilah ikut anak tekak korang la kan..:)

So enjoy ur ice cream...:)

Wednesday, March 18, 2015

Stress.... i need a good vacation...:(

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni stress betul...
Keje dgn hal keluarga mmg menambah stress betul..

Ya Allah rasa nak lari je...
Rasa nak hilang sekejap..
Rasa nak lupakan semua ni tak nak fikir...

I really need a vacation..
A good one with spa, sun, sea and so on...
Relaxing vacation...

I wish...

Friday, March 13, 2015

Jumaat dan misi mencari keredhaan ALLAH SWT

Assalamualaikum...:)

Pagi tadi sebelum pergi kerja diuji oleh Allah SWT kereta tak boleh start..
Ish lansung tak de tanda2 pun sebelum ni..
Tiba2 dah ready nak gerak kereta tak boleh start pulak...
Kesian my hubby nak kena sampai awal sebab ada event dekat sekolah tapi nak buat macam mana kan...
Benda dah nak jadi...
Alhamdulillah nasib baik ada my father in law tolong datang bawak jumper..
Jiran2 yang berhampiran masing2 takde jumper...
Terpaksa la mintak tolong dengan abah..
Btw thank you abah...:)

Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan...
Dan semoga segala dugaan yang datang dapat dihadapi dengan tabah dan ikhlas..
InsyaAllah..
Amin...:)

Wednesday, March 4, 2015

Anak 2.

Assalamualaikum...

Baru-baru ni adik demam panas...
Berhingus, batuk dan tak boleh tido..
Maknanya mama dgn papa nya pun sama2 la tak boleh tido...

Abang nasib baik dah tido bilik sendiri..
Tapi lepas subuh sambung breastfeed kan adik tiba-tiba abang datang menyelit mintak urut kaki..
Yang si abang ni memang kalau dia mula nak demam atau sakit tanda2nya mesti dia suruh urut kaki...
Dah tahu mesti dia nak demam...

So sambil menyusu sambil urut kaki abang...
Kalau dah namanya emak tu memang tak sampai hati nak cakap tak boleh or tunggu kejap..
Bila ada anak 2 dan keatas ni mmg kadang2 kita risau yang anak2 kita terabai atau rasa kurang kasih sayang...
Tapi jangan risau yang penting kita jalankan tanggungjawab kita kerana Allah swt.,
InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan...

Dan paling penting jugak husband kena rajin membantu...
Alhamdulillah setakat ni husband mmg sangat membantu...
Kerja rumah mmg tip top...
Masak pun takde hal...
Thank you husband...
I love you so much...:)

Sebagai mak ni kadang2 kita geram jugak tgk perangai anak2 ni...
Kadang2 rasa nak marah je n melenting tak tentu pasal..
Tapi husband sangat memahami..
Itu yang paling penting..

Kadang2 balik kerja penat gila..
Lepas maghrib tu husband selalu bagi can suruh tido kejap sampai pukul 9 @ 10 then bangun solat isyak, makan-makan... layan anak jap pukul 11 tido...
Hahaha...
Kadang2 je la..

Penat tapi tanggungjawab tu yg penting...
Semoga semua mak-mak dekat dunia ni mendapat kasih sayang Allah..
Especially arwah emak dan emak mertua saya...
Alhamdulillah mereka sangat baik dengan saya...

Kepada emak mertua saya yang jaga saya dalam pantang sebanyak 2 kali..
Thank you mak..:)
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
InsyaAllah amin...:)

Huhuhu..
I might not said it but i do love you..
Thank you so much...:)

Monday, February 9, 2015

Good Morning


Assalamualaikum dunia...:)
Dah bangun ke belum??

Dah sampai office?
Sangkut dalam jammed?

Lek lu lek lu...
Jangan marah2 k..
Chill jer...

Beli breakfast dgn teh tarik sambil driving boleh enjoy the food...:)
Amik gambar...
Selfie ke..
Wefie ke...
Tak salah pun ok...
As long as tak menyusahkan orang lain...
Huhuhu...

By the way enjoy your day..
And don't forget to solat...:)

Sunday, February 8, 2015

Boat Noodle Gamuda Walk Kota Kemuning

Assalamualaikum...

Kali ni nak share pengalaman makan-makan dengan family dekat Boat Noodle...
Rasanya ramai dah yang berpusu-pusu makan dekat sana...
Specialty adalah makan mee dalam mangkuk kecik mungkin dalam 2 ke 3 suap kemudian sila susun mangkuk bertingkek-tingkek lepas tu amik gambar post ke instagram & facebook...
Hahaha...
Contoh macam dekat bawah ni ha..


Boat Noodle
Hahaha 6 mangkuk je larat...:)
Yang ni dekat area Shah Alam je ok..
Dekat Gamuda Walk Kota Kemuning...
Ni mall baru dekat Kota Kemuning...
Tempat pun best je..
Semangkuk ni harga dia RM1.90
Basically ni makanan Thailand..
Ada 2 jenis mee yang pedas dengan tak..
Mummy suka makan mee yang pedas..
Tapi tak de la pedas mana pun..
Lebih kepada rasa yang berempah...
Kemudian ada pilihan daging @ ayam...
Mummy lebih suka daging...
Rasa nya boleh dikatakan lebih kurang macam mee celup la kot..
Eh pergi la rasa sendiri ok...
Huhuhu...

Untuk minuman pun dia org ada banyak pilihan..
Mummy minum teh ais dgn green tea..
Sedap..:)
Bekas air dia pun tinggi dan senang nak bawak pulang..
Harga air dalam RM6.90 
Tapi ada air lain2 yang lebih murah dari RM6.90..
Boleh la pergi cuba yer...:)

So kalau ada sesiapa area Shah Alam yang teringin nak merasa boleh la cuba dekat sini k..
Pastikan jangan tamak bila membuat tempahan...
Mungkin boleh cuba 2 mangkuk dulu kemudian boleh buat tambahan lagi ok...:)