Tuesday, June 9, 2015

Beach Port Dickson 2015


Assalamualaikum...

Lama tak berupdate blog yg sendu ni...
Huhuhu...

Last weekend bawak anak2 pergi mandi manda di port dickson..
Saja suka-suka bawak anak jalan2..
Sebab nampak gayanya lepas raya baru dapat bercuti lama..

Minggu depan kita nak masuk bulan ramadhan...
InsyaAllah..
Semoga kita sama-sama dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan sabar..
Semoga dapat meraih segala kebaikan dan keberkatan didalam bulan ramadhan yg mulia nanti..
Dan sila berjimat cermat dan jangan membazir yer...

Rasanya perut kita ni pun dah penat berkerja sepanjang setahun.
So kalau boleh kita bagilah perut kita ni rehat..
Dan kita bagi makan banyak2 dekat rohani kita semoga iman kita akan lebih meningkat semasa ramadhan dan berterusan sehingga sampai ajal kita nanti...

InsyaAllah...


Wednesday, April 29, 2015

Kenangan biji cili dalam telinga....:)

Assalamualaikum...:)

Mummy nak share story pasal anak dara mummy NQS tu...
Last 2 weeks balik kerja mummy amik rumah mil tgk dia meragam je..
Macam tak selesa...
Mula2 seronok main2 dgn abang dia..
Tiba2 menangis..
Lepas tu tgh pujuk2 dia muntah pulak...
2-3 kali muntah...

Mummy pun cek la suhu badan tak panas pun..
Then cek la setiap part badan dia..
Masa tgh cek dalam telinga dia mummy perasan ada benda pelik dalam telinga dia.. 
Tengok macam jagung..
Cuak giler dah masa tu..

Then tgh2 malam tu jugak ajak papa dia bawak jumpa doktor..
On the way pergi klinik pun dia muntah lagi..
Habis tudung & baju mummy kena muntah...

Masa jumpa doktor tu tak tahu nak explain macam mana..
Doktor pun ketawa gak bila mummy cakap pasal ada jagung dalam telinga dia..
So doktor tu tgk la pakai kanta..
Dia cakap mmg ada benda dalam telinga NQS tapi dia tak berani nak tarik keluar..
Sebab mummy tgk doktor lelaki tu muda lagi..
Memang dia tak berani la kan nak korek sebab takut kalau terkena gegendang telinga kan..

So dia buat refer letter je..
Kita org balik esok baru decide nak pergi klinik lain or terus pergi hospital...
Malam tu mummy punya cuak Allah je yg tahu...
Sampai terfikir nak kena operate ke apa ke...
Risau sungguh...

Last2 pergi klinik doktor rosli seksyen 18 tu je..
Doktor tu cek dan dia cakap dia try korek benda tu..
Alhamdulillah berjaya dikeluarkan...

Korek jangan tak korek

Ingatkan betul2 la isi jagung tu..
Rupanya biji cili.
Doktor pun suspect biji cili tu kena gegendang telinga dia sebab tu buat dia pening2 then dia asik rasa nak muntah je..

Biji Cili...:)
Inilah biji cili yg kusangkakan biji jagung...
Hahaha...

This is absolutely a bittersweet memories for you young girl..:) 
Hahahaha...

So mummy out there..
Kalau rasa ada apa2 yg tak kena dengan baby try cek satu persatu..
Then bawak refer doktor terus...
Jangan buat sendiri ok...
Bahaya..
Kesian anak kita...:)

Monday, April 27, 2015

Farm In The City : Taman Pingiran Putra, Seri Kembangan

Assalamualaikum...:)

Mesti korang tgh Monday Blues kan skrg kan???

Huhuhu...
Takpe lepas lunch solat zuhur buat kerja sikit dah masuk waktu asar...
Lepas solat chit chat sikit dengan member dah boleh balik...:)

Ok lah weekend baru2 ni mummy bawak anak2 ke Farm In The City.

Dekat je dalam 1/2 jam dari Shah Alam..
FITC ni terdapat banyak haiwan ternakan seperti ikan, kura-kura, burung2, kambing, rusa, kancil, burung unta...
Dan banyak lagi la..
Yang seronoknya kita dibenarkan untuk memegang dan memberi makan serta bermesra dgn haiwan2 yg ada dalam FITC ni..
So kalau bawak anak2 memang seronok sangat la dia org explore tempat2 mcm ni hujung2 minggu kan..:)

Tiket masuk:

Dewasa RM32.00.
Kanak-kanak RM27.00

"Family Package is at RM116.00 for 2 adults and 2 children below 11 years old. You will get 2 souvenir gift, 2 certificate for children and 2 pony ride for children"


Opening hours : 9.30am until 6.00pm closed on Tuesday..


Dekat sini ada beberapa keping gambar mummy nak share dengan pembaca semua..

Enjoy k..:)
FARM IN THE CITY


Pintu masuk korang akan disambut dengan kedai cenderamata dan pokok2 renek ni..:)


Ini lah haiwan pertama yang korang boleh beramah mesra iaitu giant turtle..

Sebelum masuk dalam ni ada kandang burung unta dekat luar tu..
Mummy tak snap pulak gambar nya..
Ada la dalam 4 ekor kot..:)

Lepas tu masuk dalam baru la ada kaunter tiketnya..

Lepas beli tiket masuk jumpa la beberapa spesis kura-kura ni...


Ini kandang kedua korang boleh jumpa beberapa spesis ular atas kepala korang ok...:)


Burung


Itik berkubang,,:)
Anak la ayam...:)

Telur Burung Unta

Burung


Bird feeding

Catch the fish

Hi awak kat mana???

Fish feeding

Ferret


Gagak Putih..

Angsa

Landak Afrika.. Besar ok...:)

Akhir sekali semua kanak-kanak akan di berikan certificate of attendance yg comel ni...:)
Begitulah ceritanya lawatan sepanjang hari ke FITC ni..
Elok pergi pagi2 la takde la panas sangat...
Sepatutnya pukul2 ada pony ride...
Tapi budak2 dah penat..
So kita balik berehat lagi bagus...
Huhu...

Korang boleh plan bawak anak2 datang sini weekend nanti k..
Enjoy!!!


Friday, April 17, 2015

Review Maajun Warisan Keluarga versi video...:)




Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh hubungi 013-4419470-Nurul